DINASTI MAMLUK
Posted by Ainur Ridho
on 5/24/2012 05:05:00 PM
New Script
Di dalam sejarah peradaban Islam, tentang Dinasti Mamluk ini sangatlah penting kerana sejarahnya bermula di abad pertengahan. Kepentingan pembahasan mengenai abad pertengahan ini (abad ke 7 hingga ke 11H / abad ke 13 hingga ke 17 M ) adalah kerana era ini merupakan masa perbentukan salah satu sistem politik dalam Islam. Terjadi juga di era ini penerapan pemikiran –pemikiran di bidang sosial dan politik yang lahir sejak zaman dinasti-dinasti besar iaitu Bani Umayyah dan Bani Abbas, dan kesultanan-kesultanan lainnya di dunia Islam bahagian barat dan timur.
Hikmah yang diperoleh dari perjalanan sejarah dinasti “hamba” di Mesir yang berliku-liku di dua period adalah penegasan terhadap makna persamaan di antara manusia, persamaan kedudukan dan hak bagi semua yang mampu memimpin, dan penegasan terhadap harga diri manusia, baik rakyat maupun penguasa.
Dinasti Mamluk ini banyak mencipta kaedah-kaedah ketatanaegaraan Islam yang belum ada, khususnya jika dibandingkan dengan Mesir yang pernah diperintah oleh Dinasti Fatimiyyah yang bermazhab Syiah, dan sesudahnya datang pula Dinasti Ayyubiah yang menjadi pendukung Bani `Abbas di Baghdad.
Di masa masa berdirinya Dinasti Mamluk, secara universal di dunia Islam dan non-Islam, telah diterapkan perhambaan dan permanfaatan tenaga tentera bayaran, namun sejarah Mamluk memiliki keunikan. Mereka dibeli dalam jumlah bayaran yang besar dari beberapa kawasan untuk dibebaskan, dididik secara tentera untuk menjadi pasukan kesultanan, dan keturunan mereka tidak lagi berstatus hamba.
Dan Dinasti Mamluk memiliki sejarah yang unik dari masa perbentukan, kejayaan dan keruntuhunnya. Keberadaan Sultan Mamluk sebagai penguasa bersama dengan Khalifah Abbasiah, yang merupakan simbol kekuatan kekuasaan sultan, mengambarkan bercampurnya faktor agama, dunia dan Negara dalam sejarah peradaban Islam. Semua faktor bersatu karena ajaran-ajaran Islam melandasi kebijaksanaan di bidang sosial dan politik. Interaksi yang positif di antara kedua bidang diperoleh dari peranan tokoh Islam yang hidup di masa itu dan hubungan mereka dengan penguasa.
• ASAL USUL MAMLUK
Mamalik adalah jamak dari Mamluk yang berarti budak atau hamba. Dinasti Mamluk ini memang didirikan oleh para hamba. Mereka pada mulanya adalah orang-orang yang ditawan oleh penguasa Dinasti Ayyubiyyah sebagai hamba, kemudian dididik dan dijadikan tenteranya. Mereka ditempatkan pada kelompok tersendiri yang terpisah dari masyarakat. Pada masa penguasa Ayyubiah yang terakhir, Al-Malik Al-Salih, mereka dijadikan pengawal untuk menjamin kelangsungan kekuasaannya. Dan mereka juga mendapat hak-hak istimewa di masa itu, baik dalam bidang ketenteraan maupun dalam perolehan benda-benda. Di Mesir, mereka ditempatkan di pulau Raudhah di Sungai Nil untuk menjalani latihan tentera. Dan kerana itulah, mereka dikenali dengan julukan Mamluk Bahri (laut). Saingan mereka dalam ketenteraan pada masa itu adalah tentera yang berasal dari suku Kurdi.
Golongan Mamluk ini berasal dari berbagai suku bangsa di wilayah Balkan, Asia Kecil, dan Transoksiana, yang sering disebut dengan suku bangsa Turki (at-turk), sehingga pemerintahan mereka dinamakan Daulah at-Turk.
Suku-suku bangsa Mamluk adalah Turkoman, Kurdi, Romawi, Turki, Circasian, dan Kaukasus ( Qapjaq ). Di negeri asalnya, mereka adalah suku-suku pengembara yang hidup berpindah-pindah tempat. Di musim panas, mereka menempati suatu wilayah dan di musim sejuk, mereka mencari wilayah lain yang lebih sesuai.
Ketika Al-Malik Al-Salih meninggal ( 1249 M ), anaknya Turansyah, naik tahta sebagai Sultan. Golongan Mamalik merasa terancam karena Turansyah lebih dekat kepada tentera asal Kurdi daripada mereka. Pada tahun 1250 M, Mamalik di bawah pimpinan Aybak dan Baybars berhasil membunuh Turansyah. Isteri Al-Malik Al-Salih, Syajarah Al-Durr, seorang yang juga berasal dari kalangan Mamalik mengambil kendali pemerintahan, sesuai dengan persepakatan golongan Mamalik, yang berkuasa lebih kurang tiga bulan.
Kemudian dia bernikah dengan seorang tokoh Mamalik bernama Aybak dan menyerahkan tampuk kepemimpinan kepadanya sambil berharap dapat terus berkuasa di belakang tabir. Akan tetapi segera setelah itu, Aybak membunuh Syajarah Al-Durr dan mengambil sepenuhnya kendali pemerintahan.
Aybak berkuasa selama tujuh tahun (1250-1257 M). setelah meninggal, ia digantikan oleh anaknya, Ali yang masih berusia muda. Ali kemudian mengundur diri pada tahun 1259 M dan digantikan oleh wakilnya, Qutuz.
Setelah Qutus meninggal dunia, Baybars, seorang pemimpin tentera yang teguh dan cerdas, diangkat oleh pasukannya menjadi Sultan ( 1260-1277 M ). Beliau adalah sultan yang terbesar dan termasyhur di antara 47 Sultan Mamalik. Ia pula dipandang sebagai pembangun hakiki dinasti Mamalik kerana kerajaannya yang begitu utuh dan kuat.
• EKONOMI
Dalam bidang ekonomi, dinasti Mamluk membuka hubungan dagang dengan Perancis dan Itali melalui perluasan jalur perdagangan yang sudah dirintis oleh dinasti Fatimiyyah di Mesir sebelumnya.
Disamping itu, hasil pertanian juga meningkat. Keberhasilan dalam bidang ekonomi ini didukung oleh pembangunan jaringan pengangkutan dan komunikasi antara kota, baik laut mahupun darat. Keteguhan angkatan laut Mamalik sangat membantu pengembangan ekonominya.
• PEMBANGUNAN
Dinasti Mamalik juga banyak mengalami kemajuan di bidang pembangunan. Banyak juru bina dibawa ke Mesir untuk membangunkan sekolah-sekolah dan masjid-masjid yang indah. Bangunan-bangunan lain yang didirikan pada masa ini di antaranya adalah, hospital, musium, perpustakaan, villa-villa, kubah, dan menara masjid.
• ILMU PENGETAHUAN
Di dalam ilmu pengetahuan, Mesir menjadi tempat pelarian ilmuan-ilmuan asal Baghdad dari serangan tentera Mongol. Kerana itu, ilmu-ilmu banyak berkembang di Mesir, seperti sejarah, perubatan, astronomi, matematik, dan ilmu agama.
Dalam ilmu sejarah tercatat nama-nama besar, seperti Ibn Khalikan, Ibn Taghribardi, dan Ibn Khaldun. Di bidang astronomi dikenal nama Nasir Al-Din Al-tusi. Di bidang perubatan pula, Abu Hasan `Ali Al-Nafis. Sedangkan, dalam bidang ilmu keagamaan, tersohor nama Ibn Taimiyah, Al-Sayuthi, dan Ibn Hajar Al-`Asqalani.
• KETENTERAAN
Pemerintahan dinasti ini dilantik dari pengaruhnya dalam ketenteraan. Para Mamluk yang dididik haruslah dengan tujuan untuk menjadi pasukan pendukung kebijaksanaan pemimpin. Ketua Negara atau sultan akan diangkat di antara pemimpin tentera yang terbaik, yang paling berprestasi, dan mempunyai kemampuan untuk menghimpun kekuatan. Walaupun mereka adalah pendatang di wilayah Mesir, mereka berhasil menciptakan ikatan yang kuat berdasarkan daerah asal mereka.
Dinasti Mamalik juga menghasilkan buku mengenai ilmu ketenteraan. Minat para penulis semakin terpacu dengan keinginan mereka untuk mempersembahkan sebuah karya kepada kepada para sultan yang menjadi penguasa saat itu. Perbahasan yang sering dibahas adalah mengenai selok-belok yang berkaitan dengan serangan bangsa Mongol. Pada lingkungan ketenteraan Dinasti ini, menghasilkan banyak karya tentang ketenteraan, khususnya keahlian menunggang kuda.
• BUDAYA POLITIK
Landasan yang dipakai untuk menilai fikrah politik para Mamalik adalah dengan mempergunakan kaca mata yang Islamik, yakni keberadaan manusia di bumi ini bertujuan untuk beribadat kepada Allah.
• ZAMAN KEMUNDURAN
Kemajuan-kemajuan dinasti Mamalik ini tercapai berkat keperibadian dan wibawa Sultan yang tinggi, maruah sesama ketenteraan yang kuat dan kestabilan negara yang aman dari gangguan. Akan tetapi, ketika faktor-faktor tersebut menghilang, dinasti Mamalik sedikit demi sedikit mengalami kemunduran. Semenjak masuknya hamba-hamba dari Sirkasia yang kemudian dikenal dengan nama Mamluk Burji, yang pertama kalinya dibawa oleh Qalawun, maruah antara tentera menurun, terutama setelah Mamluk Burji berkuasa.
Banyak penguasa Mamluk Burji yang bermoral rendah dan tidak menyukai ilmu pengetahuan. Kemewahan dan kebiasaan berfoya-foya dikalangan penguasa menyebabkan cukai dinaikkan. Akibatnya, semangat kerja rakyat menurun dan ekonomi negara tidak stabil.
Maka, suatu kekuatan politik baru yang besar muncul sebagai tentangan bagi Mamalik, yaitu kerajaan Usmani. Kerajaan inilah yang mengakhiri riwayat Mamalik di Mesir. Dinasti Mamalik kalah melawan pasukan Usmani dalam pertempuran di luar kota Cairo pada tahun 1517 M. Sejak itu wilayah Mesir berada di bawah kekuasaan Kerajaan Usmani sebagai salah satu wilayahnya.

0 komentar:
Posting Komentar